Pelawat yang ke???

Friday, January 29, 2010

Rasuah

Rasuah. Merupakan satu salah satu masalah yang membawa kepaada kemusnahan sesuatu bangsa dan negara. Isu ini kerap dipaparkan di dada-dada akhbar yang menunjukkan bahawa rasuah kini semakin berleluasa. Ia sudah menjadi lumrah hidup dalam kehidupan manusia pada masa kini, rasuah juga antara penyebab kejatuhan sesebuah negara yang sedang pesat membangun.

Perbuatan rasuah di sisi agama islam adalah haram sama sekali dan di laknati Allah. Rasuah dari sudut pandangan islam adalah tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang memberi atau menerima sogokan dengan pemberian yang dapat mengembirakan hati sama ada berupa wang, barang berharga, ataupun berupa makanan. Rasuah merupakan jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah dengan mudah. Islam sangat melarang umatnya daripada melakukan amalan ini.

Antara faktor berlakunya rasuah ialah kerana :
1. Kelemahan peribadi seperti kurang keimanan dan takwa. Kekurangan ilmu agama didada menjadi penyumbang kepada kerosakan akhlak seseorang dengan melakukan rasuah sama ada terang-terangan ataupun tersembunyi..
2. Sosial dan budaya. Masyarakat pada masa kini sering memberikan hadiah dalam bentuk wang dan benda sempena menyambut sesuatu yang istimewa. Pada hari tersebut merukan peluang kepada perasuah untuk melakukan rasuah sama ada diminta ataupun tanpa disedari.
3. Politik. Ada sesetengah ahli politik memberi rasuah kepada orang ramai untuk mendapatkan kuasa, mengumpul kekayaan, dan sebagainya.
4. Kelemahan kepimpinan. Ini dapat dilihat apabila suatu kepimpinan diterajui oleh seseorang yang lemah, kurang pemantauan dan lambat mengambil tindakan.

Langkah untuk Menangani Rasuah :
1. Mengetatkan Undang-undang. Memberi hukuman berat kepada pemberi dan penerima rasuah supaya dapat menyedarkan orang ramai bahawa mereka yang melakukan rasuah tidak lepas dari dikenakan tindakan undang-undang.
2 Memantapkan iman dan jati diri. Ia merupakan pelindung diri yang paling kukuh, setiap individu harus bencikan rasuah maka amalan ini dapat diselesaikan. Hanya kekuatan iman dapat menjauhkan diri dari melakukan rasuah.
3. Penggunaan alatan elektronik. Ini dapat membantu mengurangkan penipuan, dengan adanya maklumat yang lengkap pihak tertentu dapat mengenalpasti dan mengambil tindakan jika
rasuah dilakukan.

Di dalam era yang serba maju ini, manusia tidak lari dari melakukan kesilapan sama ada sengaja ataupun tidak sengaja. Ianya terserah kepada setiap individu untuk berfikir dan memahami kesan daripada melakukan amalan rasuah dalam memastikan bangsa dan negara terus maju. Marilah sama-sama kita membenteras amalan rasuah ini dan seterusnya membebaskan negara kita daripada cengkaman rasuah untuk menjadi ia sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang diseantero dunia ini.

Tuesday, January 26, 2010

Penggunaan Kalimah Allah

Isu penggunaan kalimah Allah swt oleh golongan bukan telah mencetuskan kontravesi dikalangan umat islam di negara ini.. Perkara ini bertambah hangat apabila Mahkamah Tinggi setelah memberi pengizinan kepada pihak gereja katolik untuk mengguna pakai kalimah Allah di dalam penulisan mereka. Ini telah membangkitkan perasaan ketidak puas hati penduduk rakyat Malaysia yang majarotinya umat islam.

Penggunaan kalimah Allah tidak menjadi isu jika kita mendalami ilmu agama dan hukumnya. Di negara Mesir, Jordan, Syira dan negara Asia Timur yang lain ia tidak menjadikan penggunaan kalimah Allah sebagai isu besar, bahkan mereka berjanji dan bersumpah dengan menggunakannya kalimah Allah swt., Penggunaan istilah ini telah menjadi sebati dikalangan umat islam di sana. Prinsip hukum Allah swt adalah pencipta kepada setiap kehidupan di muka bumi dan alam semesta ini. Jelas golongan bukan islam juga mengaku bahawa Allah swt adalah Tuhan yang mencipta dan memelihara sekian alam. Malah di dalam Al-Quran tidak melarang agama lain menggunakan kalimah Allah swt.

Jika kita ingin mempertahankan pernggunaan kalimah Allah tetapi kita sendiri tidak mematuhi suruhannya bukankah itu dinamakan kufur.. Adakah hanya kerana perasaan ketidak puas hati ini yang menjadi alasan untuk kita mewujudkan peperangan sesama agama atau umat?? Terdapat banyak cara untuk kita mempertahan agama kita bukannya dengan satu isu yang boleh menggundang akibat yang buruk pada masa akan datang kepada umat kita sendiri hanya disebabkan oleh kekeliruan.. Kita harus melakukan perkara yang membolehkan diri kita berada hampir dengan Allah.. Al-Quran diturunkan Allah untuk dijadikan panduan kepada umat islam supaya tidak "sesat" di dalam kehidupan..

Monday, January 25, 2010

Pergerakan Songsang planet

Marikh..Planet yang paling hampir dengan bumi telah mengalami satu fenomena yang ganjil apabila mengalami pusingan terbalik atau songsang..Pada masa ini planet tersebut berada pada jarak yang paling hampir dengan bumi iaitu diaggarkan lebih kurang 56 juta kilometer. Ini merupakan jarak terdekat dengan bumi yang pernah direkodkan sejak 60 ribu tahun yang lalu.

Pada 27 dan 28 Ogos 2003 kedudukan Marikh berada di dalam keadaan bertentangan , di mana Matahari, Bumi dan Marikh berkedudukan dalam satu garis lurus. Ini menunjukkan bahawa bumi berada di antara Matahari dan Marikh, keadaan ini berlaku setiap dua tahun sekali.

Pada tarikh yang sama (27 & 28 Ogos) Marikh mengalami gerakan songsang. Kedudukannya yang hampir dengan bumi ia dapat dilihat dengan pengunaan teleskop berkuasa rendah kerana jaraknya yang hampir namun kebanyakan antara kita tidak perasaan fenomena (gerakan songsang) ini berlaku. Untuk mengesan gerakan tersebut tempoh pemerhatian lebih kurang selama 6 bulan dilakukan terhadap Marikh untuk mengenalpasti perubahan laluannya. Sejak zaman renaissanse lagi fenomena ini telah direkodkan, planet biasanya bergerak dari Timur ke Barat dan ada ketikanya dari Timur ke Barat. Ini merupakan fenomena semulajadi akan tetapi masyarakat sekeliling menyalah tafsir dan ada diantara mereka mengaitkannya dengan kiamat...

Sebenarnya putaran bumi di orbitnya lebih laju dari Marikh menyebabkan fenomena ini terjadi. Planet yang berada di orbit dalam akan beredar lebih laju manakala planet di orbit luar mengalami keadaan sebaliknya sewaktu mengorbit matahari. Selain Marikh planet lain juga mengalami fenomena yang sama cuma mempunyai selang masa yang berlainan.. Komet juga tidak terkecuali mengalami gerakan songsang.. Fenomena ini merupakan gerakan semulajadi alam semesta sejak berjuta tahun dahulu sebelum manusia terokainya lagi.

Manusia dikurniakan akal untuk berfikir secara logik dan membezakan baik buruk sesuatu perkara, dengan akal juga manusia berinteraksi dan berhubung. Janganlah kita merosakkan pemikiran kita tanpa menyelidik latar belakang sesuatu perkara tersebut untuk memastikan kesahihannya..Techlogix...

Saturday, January 2, 2010

Tanda-tanda Bumi Makin "Tua"

Terlalu banyak huru-hara yang menyatakan bahawa 2012 merupakan hari penamat bagi semua kehidupan. Adakah semua kenyataa ini benar atau hanya propaganda untuk menakutkan orang ramai??


Sejak zaman batu lagi planet yang bernama bumi ini telah mengalami pelbagai perubahan ataupun evolusi. Pelbagai kejadian telah berlaku tanpa diduga malah dengan teknologi yang serba maju sekarang masih lagi tidak mampu meramal ketepatan masa sesuatu kejadian dengan tepat. Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini mesin atau manusia? Bukan semua mesin yang dicipta dapat menepati kehendak piawaian manusia, kerana ia telah diprogramkan oleh manusia untuk befikir secara sendiri. Jika kita menyalahkan mesin itu bermakna kita terlupa bahawa manusia sendiri yang menciptanya.

Dengan sejarah sahaja dapat kita mengagak bila kejadian sama akan kembali berulang, tetapi sebesar atau sekecil mana musibah yang datang kita hanya mampu bersedia untuk menghadapinya. Antara salah satu bencana ialah
letusan Gunung Berapi Krakatoa pada 26 & 27 ogos 1883. Hampir 40 000 mangsa terbunuh ketika letupan paling dasyat dalam sejarah itu berlaku di perairan Selat Sunda yang memisahkan Pulau Sumatera dan Jawa itu. Dan ada ura-ura yang menyatakan bahawa Krakatoa bakal "Hidup" semula dan akan meneggelamkan Indonesia, Singapura dan Malaysia. Pakar gunung berapi menjangkakan anak Krakatoa akan melepaskan kemarahanya dalam tempoh 8 tahun lagi.

Pada 17 Januari 1995 dunia sekali lagi dikejutkan dengan berita yang mengemparkan apabila bandar raya Kobe, Jepun dilanda gempa bumi yang amat kuat iaitu pada 7.5 hingga 8 skala magnitud richter hingga mengorbankan 7000 orang. Ia juga merupakan gempa yang termahal dalam sejarah moden. Hampir 10 trilion jumlah anggaran kerosakan dan yang paling terjejas adalah sektor pengangkutan. Di Jepun pengangkutan memainkan peranan yang penting untuk memastikan ekonominya terus bergerak, Kobe merupakan perlabuhan ke -4
terbesar di Jepun dan ke -5 sebagai perlabuhan kontena di dunia pada masa itu. Lebuh Raya Hensin merupakan lebuh raya bertingkat yang menghubungkan antara utara dan selatan Jepun telah runtuh sama sekali. Ini telah menyebabkan ekonomi Jepun terhenti dan mengalami kerugian bernilai berbilion-bilion AS dolar.

Disember 2009 masyarakat dunia dikejutkan dengan berita yang mengejutkan apabila bandaraya Aceh, Indonesia di timpa ombak Tsunami setinggi 30 - 40 meter.. Kejadian ini berlaku apabila dasar Lautan sekitar kepulauwan Sumatera mengalami gempa bumi 7 hingga 9 berskala rekter yang menyebabkan plat-plat bumi berselisih dan dasar laut saling bertindih antara satu sama lain yang menjadi penyebab terhasilnya gelombang ombak besar Tsunami. Hampir 800 000 orang tekorban dan lebih kurang 1 juta kehilangan tempat tinggal dalam kejadian tersebut. Bencana ini juga telah menyebabkan kerugian bernilai hampir 3 - 4 bilion AS dolar. Malaysia, Thailand, Sri Lanka dan negara-negara Asia Tenggara yang lain juga tidak terkecuali menerima tempiasnya. Sekitar bulan Januari 2010 Indonesia sekali lagi di timpa nasib yang sama apabila dikejutkan dengan gempa bumi. Kejadian ini berlaku di Padang, Indonesia dan telah menyebabkan kemusnahan teruk kepada penduduk tempatan negara tersebut.

Kita hanya mampu melihat perkara tersebut berulang tanpa diduga, kita juga hanya mampu mendengar khabar angin yang tidak pasti kesahihannya tetapi kita dapat belajar daripada pengalaman lepas untuk kita lebih bersedia untuk menghadapinya. Manusia hanya mampu merancang namun begitu Allah yang menentukannya. Persoalan mengenai kiamat akan berlaku pada 2012 hanyalah propaganda kerana tidak tercatit di mana-mana bahawa pada tahun tersebut(2012) merupakan penamat kepada semua kehidupan, kita hanya mampu bersedia...

Friday, January 1, 2010

Kebaikan dan Keburukan Network Marketing


Network Marketing adalah sebuah organisasi yang menjalankan program berasaskan wang ringgit sama ada menjual atau memberi. Bermacam-macam jenis Network Marketing telah ditubuhkan dan semuanya mendapat sambutan yang mengalakkan dari orang ramai tidak kira tua atau muda. Disamping ia memberi pendapatan samping atau tetap kepada mereka yang menyertainya ia juga mampu melatih seseorang itu untuk memperbaiki cara berkomunikasi dengan orang ramai tidak mengira peringat umur. Dahulu mungkin agak sukar untuk orang ramai menyertainya kerana memerlukan modal yang besar dan tidak mendapat kepercayaan orang ramai pada ketika itu, dan pada masa kini semua masalah itu ditolak tepi bagi mereka yang ingin menyertainya kerana ia mendatangkan pendapatan yang agak lumayan dan hanya memerlukan modal yang sedikit.

Setiap perkara ada baik dan ada buruknya tidak terkecuali juga Network Marketing. Mungkin dari sudut pandangan setiap orang berbeza ialah rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Pelbagai-bagai risalah telah diedar atau ditampal di dinding-dinding bangunan, papan-papan kenyataan dan tempat-tempat yang menjadi tumpuan orang ramai untuk menarik minat mereka menyertai program yang di tawaran.


Kebaikan
1. Membantu seseorang itu meningkatkan keyakinan diri untuk berkomunikasi dengan orang lain.

2. Boleh dijadikan sebagai salah satu cara untuk mendapatkan pendapatan tambahan.

3. Menambahkan jalinan dengan orang yang tidak kita kenal mahupun tidak.

4. Tidak membebankan ibubapa untuk menanggung keperluan diri (kepada mereka yang masih melanjutkan pembelajaran).

5. Menerapkan sifat berusaha, rajin, ramah mesra, dan berdikari.


Keburukan
1. Boleh mencetuskan pergaduhan jika ada rasa tidak puas hati antara satu kumpulan dengan kumpulan yang berlainan program.

2. Memerlukan modal yang besar untuk permulaan bagi program yang tertentu.

3. Kepada yang masih belajar ini sedikit sebanyak menggangu pelajaran. (pikirkanlah..)

4. Mungkin membuatkan seseorang itu menjadi terlalu sosial. (selalu keluar)

5. Sesetengah program memaksa orang ramai menyertainya hingga memeberi tekanan.

6. Sesetengah Network Marketing ada menetapkan had2 umur untuk menyertainya.

7. Memberi kesempatan kepada golongan yang tidak bertanggungjawap yang ingin mengaut keuntungan dengan menjalankan sindiket penipiuan.

Terlalu sedikit atau banyak baik dan buruknya bila melibatkan diri dalam network marketing. Semuanya terpulang pada kita untuk menilainya sendiri, adakah kita ingin melihat agama kita di praktikkan dan adakah kita juga ingin melihat bangsa kita bermusuhan antara satu sama lain. Di zaman yang serba maju ini tiada apa yang mustahil, semua boleh dilakukan tidak kira lelaki mahupun perempuan hanya keyakinan dan keinginan dijadikan 'tebusan' untuk berjaya.

Bertahun dahulu nenek moyang kita hidup dalam kesusahan dan sering perperang, adakah kita juga ingin melalui perkara sebegitu di dalam dunia serba maju dan moden ini..???
Techlogix.....